Tuesday, 24 April 2012

Red Velvet lagi!

Tempahan red velvet kali ini dibuat adalah kerana hasil post red velvet elmo di FB saya. hihi.
memang setiap kali selepas sy siap membuat satu kek, sy akan publish di FB personal saya. tujuannya menunjukkan hasil kerja di samping untuk promosi. hihi. 

alhamdulillah promosi saya berjaya. lepas saya post red velvet elmo tu, kak eli (sepupu sahabat saya) terus order red velvet. katanya kecur tengok kek. kebetulan dia tgh ada keinginan nak makan kek. bagussss! ;-p

kak eli sms kata nak kek esok.uih sangat pantas! memandangkan saya free, maka sy terima tempahan kek tersebut. kalau ikut kan sy jarang terima tempahan mengejut2 ni sbb pertamanya takut saya sendiri tidak free. keduanya takut bahan2 kek tidak mencukupi maka saya perlu ke bakeri. bakeri pula waktu operasinya bukan setiap hari. ahad kedai tutup. malah hari2 biasa pun hanya buka sampai jam 7pm. tp kalau bahan2 mmg da ada di rumah, dan saya free insyaAllah saya boleh sediakan kek. so kak eli sangat bernasib baik!

katanya x perlu nak deco kek beria2 sangat sbb kek itu hanya untuk makan suka2 jer. tp biasalah saya ni pun dalam proses belajar. maka haruslah saya sentiasa memikirkan apa idea yg boleh dizahirkan ke atas kek tersebut supaya kek jadi cantik. hamboi ayat! hihihi.

tepek2 punya tepek, maka terhasil lah kek red velvet ni. serius inilah red velvet pertama saya yg paling kemas dan cantik (auwwww! nak perasan skit hihihi)
mmg gembira dgn hasil kek ni dan rasa sayang pulak nak bg pada customer. eceehhhh... ;-p

apa pun saya gembira sbb kek ni mendapat pujian kak eli. ni first time dia nak rasa red velvet. minum petang dgn red velvet. kelasssss gitu!




No comments:

Post a Comment