Tuesday 24 April 2012

Elmo Red Velvet

salam
agak lama juga Ohcuppies x letak entry terbaru. sibuk sikit dengan aktiviti seharian. kerja di ofis menuntut banyak masa dan tenaga. weekend pula dipenuhi dengan aktiviti bersama family. tempahan kek juga semakin bertambah. alhamdulillah... letih tapi puas ;-)

awal bulan lalu officemate sy memberitahu ingin menempah kek sempena birthday adiknya. tp dia agak blur nak tempah kek apa sbb katanya dah tak tau nak beli kek apa. amboi... macam slalu beli kek je ye. hihi.
jadi dia bercadang nak tempah red velvet dr saya. tapi beliau xde tema yang tetap. cuma katanya nak cartoon. masa tu sy cdgkan edible image. bila di tanya berapa umur adik, katanya 15 tahun. alamak! xkn 15 tahun nak letak ultraman, mickey atau cartoon2 yg sewaktu dengannya. ;-p

tapi menurut beliau, adiknya xkisah. semua belasah. hihi. sy kata bg saya masa untuk fikirkan dan cadangkan sesuatu kepada beliau. esoknya sy dpt idea utk buat elmo. dia setuju, sy on! cake will be ready on friday! ;-)

nak jadi ceritanya pulak, tetiba student sy buat event khamis malamnya tu. aduh! sy da garuk2 kepala. event itu mesti habis dalam jam 11 malam. drive blk ampang confirm akan smpi 12mlm. bila masa nak buat kek... haru! xkan pula saya x hadir ke event memandangkan itu event student sy. huhuhu.

akhirnya satu keputusan di ambil. event sy hadir, kek tetap akan siap. jumaat tu saya half day. pulun buat kek. memandangkan dia tgl di gombak, mlm tu sy hantar kek ke giant batu cave.

alhamdulillah.. kek saya mendapat pujian dr family beliau. tp yg kelakarnya semua pakcik, makcik beliau asyik bertanya red velvet tu kek apa. biasalah orang2 lama mesti kurang arif dgn kek ni. hihihi. jenuh la nak explain ye kak liza. anyway tq sebab order! ;-)



 
 

No comments:

Post a Comment