Sunday 1 September 2013

Butterscotch cake

holla holla!
lama kami x bersiaran! banyak urusan yg menyebabkan blog ini selalu tertunda siaran huhu.
tp oven kami setiap hari berjalan tanpa tunda - tunda :-)
okeh untuk entry kali ini, kami nak tayangkan kek butterscotch yg telah ditempah oleh customer kami!
jom layan piccassss!








Tuesday 25 June 2013

Tiramisu

holla holla!
yes tiramisu in the house!
kombinasi ladyfinggers yg di celup coffee, dilapisi gabungan cream cheese dan mascarpone cheese. anda pasti tidak akan berhenti menyuap tiramisu ke mulut anda! yeah! super yummy!



TIRAMISU CAKE

SIZE : 9Inch

PRIZE : RM80






Tuesday 7 May 2013

pecan butterscotch

hujung minggu lepas ohcuppies bercadang nk buat kek baru. maka kami pun google mencari kek menarik dan sedap untuk di cuba. memandangkan ohcuppies juga nak celebrate birthday ahli keluarga. why not try new cake kan. dan akhirnya ohcuppies tertarik dgn 2 kek untuk dicuba iaitu white choc macadamia dan pecan butterscotch. sebelum tu ohcuppies membeli 2 potong kek kedua2 perisa tersebut di Secret Recipe bg mendapat rasa sebenar kek tersebut terlebih dahulu. yela mudah nanti nk bandingkan kek kami :-)

setelah berbincang dgn ahli keluarga selepas melalui proses merasa kek, kami sebulat suara nk kek butterscotch. dan hasil nya?? oohhhhh sedap sangat!

sponge cake dilapisi butterscotch sauce, kemudian ditabur kacang yg telah di caramelized dan kemudian dilapisi pula dgn cream cheese butterscotch. siap lapis, kek disalut lagi sepenuhnya dgn cream cheese butterscotch, kemudian disiram dgn butterscotch sauce dan ditabur mewah keliling kek dgn caramelized nuts. oihhhhhh heaven!!

bak kata mak long saya : kalah secret recipe! sedap lagi kek ni! awwwww :-)

jom layan gambar....





Friday 3 May 2013

Snow Cheese Cake

New Cake in the house!  kek yg sgt yummylicious!!  disaluti cream cheese dan ditabur dgn parutan cheddar cheese! super yummy double cheese! :-)

nak order? email kami ya!




Friday 5 April 2013

promosi pavlova

pheewwwwww laaaamaaaaaaanya x update blog. fuhhhh fuhhhh hembus skit sawang2 yg da melekat kt blog ni. hhehehheee... sorry la lama x update. asyik upload kt fb je. blog terabai. :-p

ok bermula april ini, setiap bulan ohcuppies akan membuat promosi special mengikut bulan. sebagai permulaan untuk april ini, kami membuat promosi untuk pavlova. yes pavlova! size 9inci yang disertakan dgn cream dan 3 jenis buah - buahan yang ditabur mewah. harga biasa adalah RM40. tp untuk bulan april ini harganya RM30!! apa tunggu lagi... jom order! :-)



Sunday 17 February 2013

mini rainbow cake

holla2.
hari tu ohcuppies perkenalkan mini red velvet.

so skrg ni ohcuppies nk perkenalkan pula mini rainbow cake. sejak dikenalkan bila ohcuppies buat, mmg licin licau la.sebab rata2 nk makan saja2 bukan untuk event.so kek kecik2 ni sesuai untuk mereka. kek ni harganya rm8 per mini cake. murah kan! :-)

jom layan gambar









Friday 1 February 2013

mini red velvet


holla holla!
ohcuppies nak umumkan mini red velvet in the house!
ok since kami dpt banyak feedback untuk buat mini red velvet sbb kdg2 ada yang beli bukan untuk event tp saja2 nk makan. kalau sebiji kek terlalu besar untuk makan saje2. jadi mereka request agar ohcuppies buat mini red velvet. mudah untuk mereka order dan menikmati red velvet pada bila2 masa :-)

maka dgn ini ohcuppies war - war kan dua size mini red velvet dengan harga yang berbeza. so size mini red velvet adalah

1. size 9cm x 9cm dengan topping atas sahaja = RM8

2. size 16cm x 9cm dengan topping atas sahaja = RM15













Wednesday 16 January 2013

Rainbow with edible

holla...holla...
ohcuppies menerima tempahan rainbow cake yg nk ltk edible image boboiboy
oh ye alhamdulillah ohcuppies mempunyai supplier yg sgt2 fleksibel dan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan. kalau supplier lain perlukan 3-7 hari bekerja. tp dgn supplier yg ni, mlm order esok pun da boleh dpt. janji bayar.hehehee. sbb selalunya ohcuppies menerima last min order dr customer yg nak edible image. alhamdulillah setakat ni kami masih boleh menyiapkan tempahan mengikut waktu yg diberikan kerana supplier edible kami yg fleksibel ni.hehehe.

ok. berbalik pd rainbow cake, so beliau mahukan kek empat segi dan siap bg contoh design. ada dua jenis design border cake yg beliau suruh pilih.. omak ai... dua2 ohcuppies x pernah cuba lagi. satu design ruffle dan satu lagi design yg mmg terbaru dan terhangat. pe nama design pun kami x berapa pasti. untuk design ruffle sy tahu teknik cuma belum pernah buat, tp design kedua teknik langsung x tahu. jenuh mikir mcm ne cara nak buat. sudahnya sy ambil keputusan untuk buat ruffle. berdoa sungguh2 moga jadi. hihihi


alhamdulillah.... akhirnya....... :-)




siap tempahan tersebut, minggu berikutnya beliau menempah lagi. juga cake yg sama dan nak design yg sama. cuma bezanya edible image dan wording yg berbeza. oh da jadi agent kek pulak beliau.hehehe.




hasil kami publish kedua2 rainbow cake tersebut di fb, ada sahabat di fb nak menempah kek rainbow. beliau request nak edible spiderman sbb itu adalah kartun yg diminati oleh anaknya. boleh aje. asalkan supplier edible sy dpt menyiapkan edible. hihihi.

maka terhasil lah spiderman yang merayap di atas rainbow cake   ^_____^