Sunday, 27 May 2012

Resepi pavlova

Salam!
entry kali ni saya nak cerita pasal mr lova lova. eh eh pavlova la! ;-)
sekarang ni pavlova sedang hangat dan menjadi fenomena. sana sini pavlovaaaaaaaa. alhamdulillah permintaan pavlova saya juga hangat dipasaran. hihi. betul. ramai yg order malah ada juga yg da repeat order. tq ye! moga2 pavlova saya kena dengan tekak anda semua ;-)

dari mana asal usul pavlova dan sejarah pavlova ni boleh baca di SINI. saya pun belajar membuat pavlova daripada blog tersebut. tq irma atas perkongsian ;-)


ok diingatkan bahawa pavlova ini SANGAT2 sensitif. jika salah teknik, pavlova tidak akan menjadi. kdg2 bahan semua da betul, tp kena angin x baik, x jd pavlova tu tanpa sebab.etiap peralatan kena di lap kering2 dan bersih2 supaya tidak ada bendasing yg termasuk dlm adunan. malah setitik kuning telur pun tidak boleh terselit dlm adunan. jawabnya adunan anda tidak akan kaku. kaku di sini bila anda terbalik kan bekas adunan, adunan tidak akan mengalir jatuh. 

sebelum ni saya tidak pernah ada masalah dengan adunan pavlova. setiap kali buat, alhamdulillah menjadi. tapi baru2 ni bila saya nak buat 2 order pavlova, adunan pertama menjadi. masuk adunan kedua, adunan tak kaku. pukul lagi, x kaku jugak. aih... ketepikan. buat pula adunan ketiga. pun TAK JADI.. aih angin apa yg tak kena malam ni. bila nak buat adunan ke empat, tengok2 telur da habis! masa tu da jam 11mlm. x bleh jadi. kena cari telur jugak. sbb ini tempahan. kalau makan sendiri mmg tak kuasa nak cari. huhu. terpaksalah kejut adik untuk temankan ke 7eleven. huhu. masa membuat adunan keempat, mmg buat dengan extra berhati2. fobia! alhamdulillah nasib baik adunan keempat jadi. lega rasa hati....

pavlova.... luarnya rapuh dan crispy tp dlm sangat lembut dan kenyal ala2 marshmallow.itu dipanggil meringue. meringue ni mmg akan melting in ur mouth! pavlova agak manis tetapi manis itu diseimbangkan dengan buah2 yang masam ditambah dengan cream! uihh.... sedap!! ;-p


ok dok menceceh tapi resepi tak bagi2. hihihi. ok2 ni resepi dia :

bahan2 meringue :
4 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 tsp esen vanila
1 tsp cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

- asingkan putih telur dgn kuning. diingatkan kuning telur tidak boleh ada walau setitik pun dlm adunan.
- pastikan peralatan berada di dalam keadaan bersih dan kering.
- pukul putih telur sehingga berbuih.
- masuk gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih berkilat.
- pastikan adunan anda telah kaku. adunan akan jadi bertandung bila mixer diangkat. jika adunan diterbalikkan, tak akan jatuh mengalir.
- masuk esen vanila dan pukul sebati.
-masuk tepung jagung dan cuka. kacau menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik.
- potong parchment paper denga bentuk bulat. tuang adunan dan bentukkan adunan mengikut kertas.
- panaskan oven terlebih dahulu. kemudian bakar meringue sejam dengan suhu 160'c
- utk pastikan meringue da masak, bila anda sentuh, meringue tidak melekit dan luar meringue agak crispy.
- jika meringue da masak, biarkan ia dlm oven sehingga sejuk dgn pintu oven dibuka sedikit.


Topping :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
 
- tuang whipping cream ke dalam bekas yang telah disejukkan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja memukul whipping cream.
- pukul whipping cream sehingga ia kental.
- masukkan gula icing dan esen vanila.
- pukul sehingga kental dan sebati.
 
*tuangkan topping atas meringue. tabur buah buahan yang telah di potong ke atas cream tersebut.
 
selamat mencuba!
 

No comments:

Post a Comment