Sunday, 27 May 2012

Resepi pavlova

Salam!
entry kali ni saya nak cerita pasal mr lova lova. eh eh pavlova la! ;-)
sekarang ni pavlova sedang hangat dan menjadi fenomena. sana sini pavlovaaaaaaaa. alhamdulillah permintaan pavlova saya juga hangat dipasaran. hihi. betul. ramai yg order malah ada juga yg da repeat order. tq ye! moga2 pavlova saya kena dengan tekak anda semua ;-)

dari mana asal usul pavlova dan sejarah pavlova ni boleh baca di SINI. saya pun belajar membuat pavlova daripada blog tersebut. tq irma atas perkongsian ;-)


ok diingatkan bahawa pavlova ini SANGAT2 sensitif. jika salah teknik, pavlova tidak akan menjadi. kdg2 bahan semua da betul, tp kena angin x baik, x jd pavlova tu tanpa sebab.etiap peralatan kena di lap kering2 dan bersih2 supaya tidak ada bendasing yg termasuk dlm adunan. malah setitik kuning telur pun tidak boleh terselit dlm adunan. jawabnya adunan anda tidak akan kaku. kaku di sini bila anda terbalik kan bekas adunan, adunan tidak akan mengalir jatuh. 

sebelum ni saya tidak pernah ada masalah dengan adunan pavlova. setiap kali buat, alhamdulillah menjadi. tapi baru2 ni bila saya nak buat 2 order pavlova, adunan pertama menjadi. masuk adunan kedua, adunan tak kaku. pukul lagi, x kaku jugak. aih... ketepikan. buat pula adunan ketiga. pun TAK JADI.. aih angin apa yg tak kena malam ni. bila nak buat adunan ke empat, tengok2 telur da habis! masa tu da jam 11mlm. x bleh jadi. kena cari telur jugak. sbb ini tempahan. kalau makan sendiri mmg tak kuasa nak cari. huhu. terpaksalah kejut adik untuk temankan ke 7eleven. huhu. masa membuat adunan keempat, mmg buat dengan extra berhati2. fobia! alhamdulillah nasib baik adunan keempat jadi. lega rasa hati....

pavlova.... luarnya rapuh dan crispy tp dlm sangat lembut dan kenyal ala2 marshmallow.itu dipanggil meringue. meringue ni mmg akan melting in ur mouth! pavlova agak manis tetapi manis itu diseimbangkan dengan buah2 yang masam ditambah dengan cream! uihh.... sedap!! ;-p


ok dok menceceh tapi resepi tak bagi2. hihihi. ok2 ni resepi dia :

bahan2 meringue :
4 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 tsp esen vanila
1 tsp cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

- asingkan putih telur dgn kuning. diingatkan kuning telur tidak boleh ada walau setitik pun dlm adunan.
- pastikan peralatan berada di dalam keadaan bersih dan kering.
- pukul putih telur sehingga berbuih.
- masuk gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih berkilat.
- pastikan adunan anda telah kaku. adunan akan jadi bertandung bila mixer diangkat. jika adunan diterbalikkan, tak akan jatuh mengalir.
- masuk esen vanila dan pukul sebati.
-masuk tepung jagung dan cuka. kacau menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik.
- potong parchment paper denga bentuk bulat. tuang adunan dan bentukkan adunan mengikut kertas.
- panaskan oven terlebih dahulu. kemudian bakar meringue sejam dengan suhu 160'c
- utk pastikan meringue da masak, bila anda sentuh, meringue tidak melekit dan luar meringue agak crispy.
- jika meringue da masak, biarkan ia dlm oven sehingga sejuk dgn pintu oven dibuka sedikit.


Topping :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
 
- tuang whipping cream ke dalam bekas yang telah disejukkan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja memukul whipping cream.
- pukul whipping cream sehingga ia kental.
- masukkan gula icing dan esen vanila.
- pukul sehingga kental dan sebati.
 
*tuangkan topping atas meringue. tabur buah buahan yang telah di potong ke atas cream tersebut.
 
selamat mencuba!
 

Wednesday, 23 May 2012

Sannah Helwah!

Tempahan blueberry cheese cake dari rakan sekolah lama bagi jamuan di pejabatnya.
kebetulan masa ke tesco terjumpa buah blueberry dengan harga yang sangat2 murah. RM5 sekotak! biasanya sekotak berharga belasan ringgit. so rezki beliau lah tambahan ada lebihan sedikit daripada pavlova. maka saya tabur di cheese cake ini ;-)

Sannah Helwah untuk kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Risda ;-)



 


Tuesday, 22 May 2012

Mr Lova Lova

sy dapat order pavlova dari rakan sekolah yg da lama x jumpa secara realiti. tp dalam fb mmg selalu jumpa. itulah kuasa fb. penghubung kepada teman - teman lama ;-) kebetulan juga rakan saya ni satu pejabat dgn mak sy. hantar mak bersama - sama hantar order. pavlova ni dibuat jam 4am sbb malam tu saya sibuk membuat kek lain. badan da letih sbb sy pun baru je balik dr kg Johor. jd saya ambil keputusan tidur dlu dan bangun jam 4 pagi untuk buat pavlova. 4am bila terjaga, baru teringat dengan si kecik mikhail. anak buah saya ni telinga lintah. mudah terjaga tidur tambah2 bilik dekat dgn dapur. haruslah dia akan terjaga bila saya menggunakan mixer. kebelakangan ni pulak mikhail mudah meragam. menangis bagai kena dera sampai seriau kami tengok. jd sy ambil keputusan untuk buat adunan di bilik tidur saya di tingkat atas. demi budak kenit comel, xpelah mak long usahakan cara lain. huhu. selesai buat adunan di bilik, saya turun untuk bakar meringue. siap bakar, naik bilik semula untuk buat cream pulak. tiba2 mak ketuk pintu mencari bunyi bising di pagi hari. hihi. maaf mak ye yang penting pavlova saya siap! ;-p


 
terliur tengok kan. so apa tunggu lagi. moh la order! hihihi.

Tuesday, 15 May 2012

say Cheese!


saya adalah peminat cheese yg tegar! dulu saya pernah ada masalah telinga. doc E.N.T ckp saya kena pantang cheese selama setahun. saya bagai nak meroyan! hahahaha.
pantang?? harammmm! mmg xla! tetap menibai cheese! ;-p

setiap kali ke secret recipe, cheese cake adalah menu wajib selain dari choc indulgance. akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat sendiri cheese cake. cheese cake pertama saya, strawberry cheese cake! curah strawberry filling dan tabur penuh strawberry! wallaaaahhhh! menjilat2.hihihi


 strawberry cheese cake pertama saya


kemudian student saya order cheese cake juga. tp tukar ke blueberry. cuma buah blueberry terhad dan mahal. kesian pulak nnti student kena bayar mahal. jadi saya cuma curahkan filling saja la. tp filling blueberry lagi menarik berbanding strawberry ;-)





awal april hari tu pula birthday anak sepupu saya. dia order choc moist dgn edible mickey mouse. tp mak saya dengan berbesar hati nak sponsor strawberry cheese cake. katanya nak bagi sedara mara makan kek. maka siaplah satu lagi strawberry cheese cake. respon dr sedara mara sangat best! sume kata sedap! auwwww terharu i! *wink wink
 

Cuppies order

sebenarnya kalau ikut niat awal dlu nak fokus pada cuppies. tu yg siap pergi kelas cupcake. tp rupanya rezki banyak kepada cake biasa. alhamdulillah...mana2 pun sama. rezki juga ;-)

dalam sibuk mengambil order kek, ada rakan sekuliah di ukm sms nak order cupcake. nak bg pada boyfriend. katanya tulis I'm sorry.  uih gaduh ka..hehehe. biasalah tu gaduh2 manja membawa bahagia.hihii. kalau x gaduh, x dptla makan kek kan. erk? hahahaha.

xpelah semoga dengan pemberian kek ni, sejuk hati bf ye tak? ;-)


bulan lepas pula student buat event. 'Malam Bintang DPM'... eceh semua sibuk nak buat mcm reality show. huhu. student ni dok datang ofis saya kipas2 ada makna. mintak sponsor cupcake.hahahaha. nak 60biji! huih. so sy ckp bayar harga kos je. almaklumlah.. penat sy membuat 60 biji tu pun nak juga dikira. memandangkan mereka ni student saya. dan saya sendiri memantau perjalanan event dari mula mereka mengumpul dana, x sampai hati sebenarnya nak berkira. maka untuk 60 biji tu saya cuma minta rm50 je. kos selebihnya xpe saya sponsor. murah kan kan kan! hihihi. so tema event adalah biru pink. siap 60 biji untuk event tersebut! ;-)






Monday, 14 May 2012

Hantaran Choc Moist cake

choc moist cake ditempah oleh rakan sekerja. dpt sms ckp nak order choc moist. saya ok je. so kami berbalas-balas sms untuk detail kek. pada hal boleh je bincang kat ofis. ngada kan! hahaha. xdelah. di ofis ni kadang2 susah juga nak bertemu waktu yg sesuai. bila saya free tiada kelas, member ni bz dgn kelas dia pula.almaklumlah kami di ofis ni memang sentiasa bz. huhuhu

sy sms tanya apa nak tulis di kek. tetiba dpt sms, " kak, tulis selamat pengantin baru fira & napy"
eh terkezut saya. nak kawin ke?? kek hantaran ke?? huhuhu
member ni ckp majlis nikah je dlu. majlis sanding penghujung mei nnti. jd kek ni nak dibuat sebagai hantaran. ooh alkisahnya.... ;-)

si fira ni ckp family mertua dia suka choc moist. jd beli je apa yg disuka. bagus bakal menantu memahami keluarga mertua. hehehehe. dia ckp nak kek simple2 je. sy pun x sedaplah nak bagi kek boleng jer kan. jd saya da rangka2 nak buat design mcm sy tengok di internet. tp ada sedikit masalah. sepatunya disekeliling biskut tu dililit dengan riben. tp kek ni tak tinggi. maka riben x muat pulak nak lilit.

dengan hati yg sedikit ragu2, sy suruh fira tengok design ni masa bawak g ofis. alhamdulillah...bakal pengantin suka. so untuk fira, selamat pengantin baru! insyaAllah nnti akan hadir majlis sanding bulan mei ;-)



Pavlova lova lova!

pavlova lova lova!
skrg ni mmg jadi trend pavlova. sana sini ckp pasal pavlova. masa awal2 pavlova mula dikenali, sy sendiri tertanya2 apa tu pavlova. tp pavlova ni dijual di restoran2 elit jer. 
bukanlah tidak mampu langsung, cuma kadang2 rasa tidak berbaloi untuk membeli sepotong manisan yg kecil dengan harga yg agak mengancam. hihihi

jadi bermula lah edisi mencari resepi. konon2 nak buat sendiri. pada hal sebelum ni kek pun terbantat buat sendiri. hahahaha. ada hati nk buat pavlova. tp gagah juga cari resepi.

alhamdulillah percubaan pertama sy menjadi! sebenarnya disebabkan buat pavlova menjadi, memberi semangat kepada saya untuk mencuba kek lain pula. boleh dikatakan pavlova lah menjadi permulaan saya menceburkan diri dalam bidang kek ni ;-)

ok sebelum ni mmg buat pavlova untuk makan sendiri sbb mmg saya buat tidak secantik di kedai atau penjual2 pavlova lain. sememeh! hahaha. xpe yg penting masuk tekak sedap! ;-p

nak jadi cerita, bila kerap benar sy publish pavlova di fb, adalah pulak yg terliur. hihi 
pernah kawan sy nak order tp saya tolak sbb x confident. kemudian bulan lepas sorg lg kawan nak order pavlova. tp sy tolak juga. sy kata sy biasa buat untuk makan sendiri je. tp dek kerana merayu bagai, x sampai hati pulak. akhirnya sy setuju. 

kemudian, selesai tempahan pertama, muncul pula tempahan kedua. disebabkan da yakin, maka sy setuju. cheewah! hahahaha. insyaallah next week akan ada lagi tempahan pavlova. alhamdulillah....

harga pavlova di bawah ni :
saiz 9' harganya RM40
saiz 7' harganya RM25