Thursday 12 July 2012

cheese persona cuppies


cuppies ni ditempah oleh rakan sy. dia minta sy cadangkan cuppies apa yg best selain choc moist dan red velvet. memandangkan ini untuk ibunya, sy agak risau untuk cadangkan cuppies yg berunsurkan cheese. almaklumlah org2 veteren ni x berapa gemar cheese.

tp katanya ibunya suka cheese. so setelah lama juga sesi ber'sms', maka kata sepakat diambil untuk membuat cheese persona. sebenarnya ini pertama kali sy nk buat cheese persona dalam versi cuppies. alhamdulillah ianya berjaya dihasilkan walaupun sebenarnya versi cuppies ini lebih leceh berbanding versi kek besar.

untuk tema, rakan sy ni ada memberi contoh design cuppies yg sy pernah buat sebelum ini. dia kata design x kisah, cuma nak color yg sweet mcm contoh yg dia tunjuk. maka sy pun mereka2 dan melakar2 design atas kertas terlebih dahulu. ceh macam designer gamaknya. hehehe.

hasilnya..... 






kek coklat yg di bawah ini adalah idea spontan. hihi.
ceritanya masa sy nak bukak booth di sek.men. (p) titiwangsa, sy diberitahu oleh sahabat baik sy yang merangkap cikgu sekolah itu yg org2 di sek itu suka kek coklat yg ada choc ganache. maka sy pun buatlah beberapa mini kek coklat yang diletakan dlm bekas untuk dijual. sekali ropa - ropanya choc bar dah habis! adeh!

mlm tu selepas menyiapkan kek2 yg lain, sy tenung kek2 coklat tuh. apa yg boleh sy buat. kalau x dijual, rugi. nak dimakan, mak ai... sape nak habiskan 9 bekas kek coklat tuh. huhuhu
tiba2 sy teringat acuan terap bentuk love yg sy pernah beli dlu. *ting ting* idea muncul! hihi

sepantas kilat sy terapkan kek2 tu menjadi bentuk love yg comel2. untuk penambah perasa dan pembuka selera, sy pipe kan fresh cream dan letak strawberry filling di tengah2nya. dan kek ini lah yg paling cepat habis!! lum sempat sy siap susun kek atas meja, da ramai yg beli. siap ada sorang tu beli 15 keping! huih! sy sendiri x sempat rasa. sedap kot sbb ada pelajar tu dok berulang beli. hihi.
alhamdulillah.... x membazir.


No comments:

Post a Comment