Tuesday 14 February 2012

kelas cupcake

Salam
hr tu ada cerita tentang sy ke kelas cupcake. serius terjebak dlm kelas cupcake ni dlm keadaan yg tidak dijangka2. sy jengah ke blog edicupcake selepas sy merayau2 di blog irma untuk melihat resepi. yup sy mmg suka merayau2 kt blog irma. hehe.irma pun pernah join kelas cupcake dgn edi. dr situ sy kenal edi.

sy email edi untuk tanya ttg kelas cupcake. kelas dijadualkan hari jumaat. sy email dia hari ahad kalau tidak silap sy. tak tau la kenapa sy tidak terdetik untuk sms/call. menanti dan menanti balasan email dr edi. edi reply d tengah minggu. sy pulak dlm keadaan yg sedikit sibuk. nampak email dr edi tp dlm keadaan sibuk, sy terlupa. dan sebab kelas dijadualkan jumaat, maka sy perlu mohon cuti dr company. ikut prosedur, kena mohon seminggu sebelum tarikh cuti. huhu. bila hari khamis baru saya teringat ttg kelas yg sy x confirmkan lg dgn edi. mlm tu agak lewat juga sy sms edi. edi x reply. sy dlm keadaan 50-50. 
esok pagi2 edi sms, ckp dtg jela. sy melompat dr katil bersiap.apa tidaknya kls cupcake tu mula kol 8am. dgn keadaan yg da tentunya jammed org nak p keje. dgn cuti yg sy x pasti dah lulus atau tidak. saya terus redah ke kelas cupcake. huhuhu.
sy lewat tiba sedikit. rasanya lewat 10-15min. kelas baru je bermula.alhamdulillah kelas berjalan dgn seronok. byk yg sy dpt ilmu dr edi. thanks ye edi! tp walaupun dlm kelas rasa mcm tgn berseni, bila blk umah hilang semua seni. rasa mcm kaku sgt jari jemari ni bila nak deco cupcake.huhuhu. kena byk berlatik ni... ;-) 

jom layan cupcake sy masa ke kelas cupcake tuh. tp xde plak gmbr dgn edi dan gmbr dlm kelas. segan nak amik gmbr! huhuhu



 ini cupcake design by me. boleh bawak balik 16 biji cupcake ;-)










No comments:

Post a Comment