Tuesday, 14 February 2012

kelas cupcake

Salam
hr tu ada cerita tentang sy ke kelas cupcake. serius terjebak dlm kelas cupcake ni dlm keadaan yg tidak dijangka2. sy jengah ke blog edicupcake selepas sy merayau2 di blog irma untuk melihat resepi. yup sy mmg suka merayau2 kt blog irma. hehe.irma pun pernah join kelas cupcake dgn edi. dr situ sy kenal edi.

sy email edi untuk tanya ttg kelas cupcake. kelas dijadualkan hari jumaat. sy email dia hari ahad kalau tidak silap sy. tak tau la kenapa sy tidak terdetik untuk sms/call. menanti dan menanti balasan email dr edi. edi reply d tengah minggu. sy pulak dlm keadaan yg sedikit sibuk. nampak email dr edi tp dlm keadaan sibuk, sy terlupa. dan sebab kelas dijadualkan jumaat, maka sy perlu mohon cuti dr company. ikut prosedur, kena mohon seminggu sebelum tarikh cuti. huhu. bila hari khamis baru saya teringat ttg kelas yg sy x confirmkan lg dgn edi. mlm tu agak lewat juga sy sms edi. edi x reply. sy dlm keadaan 50-50. 
esok pagi2 edi sms, ckp dtg jela. sy melompat dr katil bersiap.apa tidaknya kls cupcake tu mula kol 8am. dgn keadaan yg da tentunya jammed org nak p keje. dgn cuti yg sy x pasti dah lulus atau tidak. saya terus redah ke kelas cupcake. huhuhu.
sy lewat tiba sedikit. rasanya lewat 10-15min. kelas baru je bermula.alhamdulillah kelas berjalan dgn seronok. byk yg sy dpt ilmu dr edi. thanks ye edi! tp walaupun dlm kelas rasa mcm tgn berseni, bila blk umah hilang semua seni. rasa mcm kaku sgt jari jemari ni bila nak deco cupcake.huhuhu. kena byk berlatik ni... ;-) 

jom layan cupcake sy masa ke kelas cupcake tuh. tp xde plak gmbr dgn edi dan gmbr dlm kelas. segan nak amik gmbr! huhuhu



 ini cupcake design by me. boleh bawak balik 16 biji cupcake ;-)










Monday, 13 February 2012

Langkah bermula

salam,
alhamdulillah rasanya sekarang ni orang di sekeliling saya sudah semakin mengetahui akan dunia kek saya sekarang. sebenarnya saya pun tak tau dari mana datangnya minat untuk membuat kek. penggemar kek? tidaklah sangat. malah family saya pun tidak begitu gemar kek! sebiji kek yg kecil pun ambil masa sebulan nak habis! huhu.

ikutkan family saya ni lebih gemar masak makanan2 yang lebih berat. lauk pauk atau makanan utama lah. juga minat masak western. cuma bermula akhir 2011, saya melihat ramai rakan2 mula cuba membuat kek. hati jadi memberontak nak mencuba ;-)

asalnya bermula muffin. sbb tengok muffin mudah mcm buat cekodok. hihi
kemudian terdetik nak membuat pavlova. yeeee pavlova! ada rasa hebat x, org yg xde bakat buat kek tetiba buat pavlova!! hihihihi *perasan!
tak tau kenapa tergedik2 nak buat pavlova. baca di internet, rasa gerun gak sbb mcm susah je. tp cekalkan hati. ikut betul2 arahan sbb dr apa yg di baca, pavlova ni agak sensitif.huhu
alhamdulillah sy berjaya membuat pavlova! bermula dari situlah, sy bersemangat nak buat kek ;-)

ye sy banyak belajar membuat kek dari internet. tp ada masalah. kek tiada masalah sbb semua resepi yang di ambil dari internet, hasilnya menjadi. masalahnya adalah untuk letak topping dan deco cupcake. yeah saya tiada bakat! ;-p

sanggup ambil cuti dan pergi hadir ke kelas cupcake. walaupun dlm keadaan x sure nak g ke x. deposit untuk hadir kelas pun x byr. sbb2 x sure tu :
1. tuan bakeri a.k.a cikgu cupcake lambat reply email untuk confirm kelas
2. cuti mohon last minute so x sure lulus ke x.(tp last2 main redah je cuti hihi)

tp akhirnya berjaya jugak g kelas!
dapat juga belajar nak buat corak2 atas cupcake. sangat excited! walaupun tangan ni bukan tangan seni. kaku jugak. hihihi. lepas ni kena praktis selalu untuk mantapkan lg skill. ;-p