Wednesday 31 October 2012

Resepi Durian Crepe

holla.
petang2 ni hujang lebat. pekena hot choc dengan durian crepe. erkkkk!
menikam kalbu sungguh. x bleh jadi ni. kena lenyapkan durian crepe dr pandangan. kalau x, dok masuk ke tekak je. hihihihihi.





okeh meleleh x tengok durian crepe yg da terbelah tuuuuuu? hehehe
saja goda u ollsss.!

okeh2 meh ohcuppies bg resepi. simple je!


resepi crepe :
250gm tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi
500ml susu cair / susu segar / santan
3 biji telur
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu butter dicairkan
pewarna
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas kecuali pewarna.
Kacau bagi sebati.Kemudian tapiskan adunan. setelah adunan ditapis, baru titikan pewarna dan kacau sebati.
Sediakan kuali. dicadangkan guna kuali yang tidak melakat untuk membuat crepe yang cantik dan tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas. Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api supaya crepe tidak hangus.
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali, ratakan hingga menjadi nipis dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. tidak perlu terbalikkan adunan.
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.
filling :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe. bahagian yang dimasak itu di atas supaya bahagian yang cantik diluar.
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian atas whipping cream
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe mengikut bentuk kesukaan. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
sedap di hidangkan sejuk skit

Tuesday 30 October 2012

Durian Crepe in the house

holla! 
sekarang ni tengah demam crepe! terutamanya durian crepe! mmg mengancam jiwa raga la durian crepe ni! kdg2 tak perasan boleh telan 5 ketul terus! hihihihi...


okeh skrg ni promosi di ohcuppies. nak tau? nak tau?
haaaaaaaaa untuk sehingga 15hb ni durian crepe 6 ketul RM8 je!

diulangi
6 ketul RM8!!

so apa tunggu lg. 
jom order!!


oh ya. kami juga ada strawberry dan blueberry crepe!
boleh campur2 perisa dlm setiap set :-)






Rainbow Cake

alhamdulillah. skrg ni rainbow cake di ohcuppies antara kek yg menjadi pilihan customer. sebnrnya banyak gambar kek yg kami x upload di blog. semua upload di fb shj sbb mudah keje. hihihi. so bermula skrg, kami akan upload sedikit demi sedikit di blog. tgk mcm kek bwh ni haaaa.... raya punya tuh! hihihihi. jom tengok pic! :-)

 
 



 

Monday 29 October 2012

rainbow cake berperisa

lama betul ohcuppies x bersiaran! super duper busy. hihihi

okeh sebenarnya kami di ohcuppies nk promote kek pelangi kami. kek ni dijamin lain dr yg lain dr kebanyakkan yg ada di pasaran. kenapa?

pertamanya kek pelangi kami bukan hanya sekadar kek span biasa yg berwarna warni.
kek kami padat dan sgt moist. sama seperti kek red velvet. bg peminat kek red velvet mesti tau mcm mana tekstur kek tersebut. begitu juga kek pelangi kami kerana resepi kek ini diolah dr resepi kek red velvet.



keduanya, kek kami ini mempunyai pelbagai perisa. anda tidak akan merasa sebiji kek berperisa butter shj. bila masuk ke mulut, anda akan merasai tujuh. diulang... TUJUH perisa yg berbeza!
yer dulu kami cuma membuat 5 lapisan shj. tp kini 7!!






tujuh lapisan berbeza perisa. setiap warna mempunyai @ mewakili perisa yg berbeza. okeh nk tau perisanya?? ohcuppies senaraikan ye! kdg2 warna berubah2 mengikut stok pewarna & perisa. tp anda boleh request perisa kalau takut tak kena dengan tekak anda :-)

antara perisa kami :

1. biru   : blueberry
2. oren  : mangga
3. hijau terang : honeydew
4. hijau gelap : pandan
5. purple : yam/keladi
6. merah : strawberry
7. kuning : lemon
8. coklat : coklat
9. pink : ros
10. kuning : jagung


so apa tunggu lg??? jom order. harga di thn 2012 adalah rm80. bermula thn depan kami akan memperkenalkan harga baru. so order skrg tau!! :-)

Thursday 4 October 2012

blueberry cheese cake & red Velvet

kedua2 kek ini di order oleh ex-students sy yg mmg x pernah jemu repeat order dgn ohcuppies bila ada birthday rakan baik mereka. minggu pertama mereka order blueberry cheese cake untuk birthday fiqah. minggu berikutnya mereka order red velvet pula utk birthday yana.

alangkah bertuahkan mendapat rakan yang sentiasa menghargai kita kan :-)

tq pd ila, sikin, ira, yana, fiqah yg sentiasa calling sy bila nk cake :-)
next time calling2 lg ye.heheeeee...
anyway happy birthday buat fiqah & yana!