Tuesday 26 June 2012

bukan senang nak jadi senang


salam

hari ni saya berpeluang untuk membuka booth di Risda Jalan Ampang. pertama kali nak bukak booth cake. sebelum ni biasa dgn booth baju2 je. jd perlu membeli beberapa serving plate untuk mencantikan presentation sy di booth itu nanti. banyak juga duit dilaburkan.huhuhu...xpelah. aset. ;-)


taraaaaaaaa......


ni lah booth saya yang comel. masa upload kt fb, ada member ckp sy da boleh buat candy buffet :-)
mmg sy skrg ni nak merajinkan diri join bazar2 untuk memperkenalkan ohcuppies kepada orang luar. banyak juga mini pavlova, red velvet dan apam polkadot yang sy bawa di booth itu.

namun agak mendukacitakan sbb flow orang terlalu sedikit. mmg lengang. jadi sale pun tidak memberansangkan. huhuhu

itulah. bukan mudah nak berjaya. perlu usaha yang gigih dan jangan mudah patah semangat.

Chaiyokkkkk Fadhlina ;-)

Monday 25 June 2012

Order dr nilai & sepang

holla hollaaaa


Ohcuppies terima sms dr teman lama yg duduk di nilai. nak order pavlova dan red velvet cuppies. memandangkan saya perlu buat penghantaran ke nilai, masa kos penghantaran ditanggung oleh beliau. teman lama saya ni order 10 biji red velvet cuppies dan pavlova. dan nak eja nama yg mana satu cupcake satu huruf. bereeehhhhh ;-)

pavlova ni repeat order. teman lama saya ni la pembuka jalan kepada saya untuk mula menjual pavlova. dialah yg dulu dok merayu supaya sy jual pavlova sbb nak mencuba. dia jugalah customer pertama saya untuk pavlova. hehehe.

so order kali kedua ni nak bagi family dia rasa pulak. tq ye aida untuk pavlova dan red velvet cuppies. lain kali order la lagi ye  ;-)







memandangkan saya da ke nilai, saya teringat akan seorang lagi teman lama saya yang berpesan jika saya ada ke area nilai, beliau nak order cheese pesona yang diidam2kan. hihi. maka saya pun roger2 beliau. alhamdulillah...ada rezki beliau untuk makan cheese pesona. beliau tambah order red velvet juga sbb anaknya suka. dengan syarat, semua kek perlulah berwarna warni sbb confirm anak dia excited nak makan. hehe. bereehhhhhh ;-)




Friday 22 June 2012

Mini Pavlova in the house!

 Aloha pavlova! ^_^

setelah pavlova mendapat permintaan yang tinggi, sy cuba pula membuat mini pavlova. alhamdulillah menjadi dan ada permintaan untuk order mini pavlova.
untuk mini pavlova, harganya 16pcs RM35! so apa lagi, jom2 order! hihi.
skarang kita layannnnnzzzzz pic ni ye ;-)






oh ya pavlova bawah ni dibuat khas untuk adik angkat saya. ni konon2 upah sebab beliau sudi membantu membaik pulih laptop kakak dia ni ha yang penuh dengan virus2. selain pembuat kek, kakak dia a.k.a saya ni jugak adalah penternak virus yang berjaya. sian laptop saya! hehehe.

tq ye saufi!


Thursday 21 June 2012

Hari terakhir

Terima kasih buat teman2 seperjuangan di KTT yang selama ini berkongsi suka duka. terima kasih juga atas kerjasama dalam urusan kerja selama saya bertugas di situ. sedih untuk meninggalkan rakan2 dan student2 tersayang. namun apakan daya, demi masa depan sy perlu tekadkan hati. ;-(

4 Jun 2012 adalah hari terakhir saya berkhidmat. tekad untuk mengundurkan diri kerana komitmen belajar. rasanya tak termampu untuk membuat 2 kerja serentak. agak kagum juga dengan mereka2 yang mampu bekerja dan belajar. tabik springgggggg! ;-)

sempena hari terakhir, member2 ofis belanja lunch di Domino's. tp dorg awal2 da request nak pavlova. org yg nak berhenti buat sendiri kek.hahahaha. xpelah. belanja mereka pavlova strawberry. harap2 puas hati ye. tq jugak belanja pizza smpi kenyang. ;-)

moga ikatan persahabatan kita akan kekal... sy mesti rindu nak bergosip2, nak nangis2 bila stress kerja, nak maki2 bila org aniaya kita, nak gelak2 sama, nak lepak makan2 kuih.... 2 tahun di sana banyak pengalaman manis dan pahit yg sy perolehi. kenangan yg akan tersemat dlm sanubari sy. huih ayat! hahaha.

selamat maju jaya buat semua. keep in touch ya!

masa hari terakhir tu, member sempat lg tempah choc moist cake sebijik. no hal lah. tq ye ain. harap2 puas hati dgn kek tu ;-)



Sunday 17 June 2012

Choc Moist

 rasa2 terliur tak tengok choc ganache yg meleleh tuh. hehehehehe
jom layan pic!




 


Monday 4 June 2012

minggu pavlova

holla lova - lova! ;-)
mggu lepas dpt banyak tempahan mr lova - lova ni. hehe.
alhamdulillah....

jom layan gambar. jgn meleleh air liur ye hihi