Friday 27 April 2012

mari berpelangi!

hola2. ceria2 tak hari ni seceria kek pelangi ;-)
saya kenal kek pelangi ni melalui blog. masa kek pelangi ni tengah glamor, rata2 blog dok citer pasal kek pelangi. semangat blogger2 makan ni menceritakan keghairahan mereka membuat kek pelangi.
x pasal2 mempengaruhi saya juga untuk membuat kek pelangi. jd sy pun godek2 la resepi di internet.  akhirnya saya terjumpa blog resepi dari Martha Steward. dengan excited saya membuat kek tersebut. bila kek siap, x sabar2 nak makan. alamak! manis banget!!!! huih giler kentang manisnya. boleh kena kencing manis gamaknya. huhuhu.




ada satu hari tu bestfriend saya order kek pelangi. saya pun buat dan kurangkan sedikit jumlah gula dalam adunan. dengan harapan manis akan berkurang. rupa2 nya masih manis lagi! itu komen kawan saya. aih.. resepi mat saleh ni memang manis sangat ker. almaklumlah mereka ni kan suka makan manisan. dek kerana manis tu, maka saya lupakan sebentar resepi kek pelangi.

sehinggalah baru2 ni ada ex-student (sairul) nak order kek pelangi. walau dalam keadaan yakin x yakin, saya terima order tersebut. namun saya tidak lagi menggunakan resepi dari martha. saya telah mendapat resepi baru yg pada saya sangat menarik untuk dicuba. ada pula pesanan tambahan dari sairul. dia nak setiap layer color tu mempunyai perisa yang berbeza2. erk. itu mmg menarik tp bagi saya yang belum pernah mencuba, saya risau akan hasil pertama nie. huhuhu. tp sairul cakap dia terima je hasil tu nnti. hihi.

malam tu dengan penuh semangat saya siapkan adunan kek tersebut. sepanjang masa saya berdoa semoga hasil kek tu memuaskan. tp sy dpt rasakan kek tu mmg agak menarik sbbnya setiap layer ada perisa berbeza tambahan pula topping tu adalah cream cheese (chewah! perasan! hihi)

dek kerana kek pelangi ni tinggi, kotak kek tu xleh ditutup. so terpaksalah berjaga2 dgn penutup kotak. takut merosakan atas kek pulak. rasanya dorg kena cipta kotak tinggi pulak la.huhu. esoknya kek selamat dihantar kepada sairul di alamanda.

saya minta dia bagi feedback kek tu. maklumlah 1st time cuba resepi tu. tp dok tunggu2 xde gak respon. sampai saya dok pikir, x sedap ke...huhuhu. sampailah satu hari kawan sairul (x-stud sy jugak) bagi respon. katanya sedap! alhamdulillah... sy pulak terliur nak mencuba. xpe tggu birthday ayah sy next week sy akan buat rainbow cake! ;-)







Thursday 26 April 2012

Pinky Love Red Velvet

holla holla!
ini adalah red velvet paling kiut yg pernah saya buat. hihihi (perasan!)
red velvet ni ditempah oleh student saya. kesian dia. lama dia tempah baru dapat.
mesti dia nak marah tp x boleh sebab saya ni pensyarah dia. hihihi.
maaf ye yana and ila. ada banyak perkara menyebabkan operasi ni tertunggak.
dan mungkin juga saya ambil kesempatan sediki memandangkan dia student sy, so sy x berapa serius ttg order. maaf sekali lagi ye.

ok masa membuat kek ni, sy mulala fikir apa lg idea nak deco kek ni. bukak almari punggah segala bahan yang ada. kemudian ternampak marshmellow love yg sy beli dekat UNIKEB bangi. aha! maka timbul idea nak guna marshmellow itu. nampak pulak lebihan M&M masa buat birthday cake aleesya hari tu.
maka jadilah deco caca marba yg sy sendiri tak tau nak bagi tema apa. huhu
bila publish kt fb, sy cakap red velvet tema belasah! ;-p
tp ramai yg kata comel dan cantik (perasan lagi!) hiihihi
malah ada yg bagi cadangan tema pinky love. wah! comel juga nama tu. so jadilah tema pinky love!  ;-)

menurut student saya, mereka siap berpicnic makan ke di dataran nilai! amboi bukan main lagi!
alhamdulillah sekali lagi kek sy mendapat pujian *wink wink

 


Tuesday 24 April 2012

Red Velvet lagi!

Tempahan red velvet kali ini dibuat adalah kerana hasil post red velvet elmo di FB saya. hihi.
memang setiap kali selepas sy siap membuat satu kek, sy akan publish di FB personal saya. tujuannya menunjukkan hasil kerja di samping untuk promosi. hihi. 

alhamdulillah promosi saya berjaya. lepas saya post red velvet elmo tu, kak eli (sepupu sahabat saya) terus order red velvet. katanya kecur tengok kek. kebetulan dia tgh ada keinginan nak makan kek. bagussss! ;-p

kak eli sms kata nak kek esok.uih sangat pantas! memandangkan saya free, maka sy terima tempahan kek tersebut. kalau ikut kan sy jarang terima tempahan mengejut2 ni sbb pertamanya takut saya sendiri tidak free. keduanya takut bahan2 kek tidak mencukupi maka saya perlu ke bakeri. bakeri pula waktu operasinya bukan setiap hari. ahad kedai tutup. malah hari2 biasa pun hanya buka sampai jam 7pm. tp kalau bahan2 mmg da ada di rumah, dan saya free insyaAllah saya boleh sediakan kek. so kak eli sangat bernasib baik!

katanya x perlu nak deco kek beria2 sangat sbb kek itu hanya untuk makan suka2 jer. tp biasalah saya ni pun dalam proses belajar. maka haruslah saya sentiasa memikirkan apa idea yg boleh dizahirkan ke atas kek tersebut supaya kek jadi cantik. hamboi ayat! hihihi.

tepek2 punya tepek, maka terhasil lah kek red velvet ni. serius inilah red velvet pertama saya yg paling kemas dan cantik (auwwww! nak perasan skit hihihi)
mmg gembira dgn hasil kek ni dan rasa sayang pulak nak bg pada customer. eceehhhh... ;-p

apa pun saya gembira sbb kek ni mendapat pujian kak eli. ni first time dia nak rasa red velvet. minum petang dgn red velvet. kelasssss gitu!




Elmo Red Velvet

salam
agak lama juga Ohcuppies x letak entry terbaru. sibuk sikit dengan aktiviti seharian. kerja di ofis menuntut banyak masa dan tenaga. weekend pula dipenuhi dengan aktiviti bersama family. tempahan kek juga semakin bertambah. alhamdulillah... letih tapi puas ;-)

awal bulan lalu officemate sy memberitahu ingin menempah kek sempena birthday adiknya. tp dia agak blur nak tempah kek apa sbb katanya dah tak tau nak beli kek apa. amboi... macam slalu beli kek je ye. hihi.
jadi dia bercadang nak tempah red velvet dr saya. tapi beliau xde tema yang tetap. cuma katanya nak cartoon. masa tu sy cdgkan edible image. bila di tanya berapa umur adik, katanya 15 tahun. alamak! xkn 15 tahun nak letak ultraman, mickey atau cartoon2 yg sewaktu dengannya. ;-p

tapi menurut beliau, adiknya xkisah. semua belasah. hihi. sy kata bg saya masa untuk fikirkan dan cadangkan sesuatu kepada beliau. esoknya sy dpt idea utk buat elmo. dia setuju, sy on! cake will be ready on friday! ;-)

nak jadi ceritanya pulak, tetiba student sy buat event khamis malamnya tu. aduh! sy da garuk2 kepala. event itu mesti habis dalam jam 11 malam. drive blk ampang confirm akan smpi 12mlm. bila masa nak buat kek... haru! xkan pula saya x hadir ke event memandangkan itu event student sy. huhuhu.

akhirnya satu keputusan di ambil. event sy hadir, kek tetap akan siap. jumaat tu saya half day. pulun buat kek. memandangkan dia tgl di gombak, mlm tu sy hantar kek ke giant batu cave.

alhamdulillah.. kek saya mendapat pujian dr family beliau. tp yg kelakarnya semua pakcik, makcik beliau asyik bertanya red velvet tu kek apa. biasalah orang2 lama mesti kurang arif dgn kek ni. hihihi. jenuh la nak explain ye kak liza. anyway tq sebab order! ;-)



 
 

Sunday 8 April 2012

kek Ultraman

 kek Ultraman ni ditempah oleh officemate saya iaitu Kak Azi sempena birthday anaknya. katanya anak dia suka ultraman. Kak Azi nak bawa kek ni ke taska. pilihan kek kak azi serah pada saya. jd saya pun cadangkan kek choc moist yg disalut dengan buttercream. ceria je kan tengok kek ni! ;-)

  

lepas saya publish gambar kek ultraman tu di FB, ada kawan masa sekolah dulu nak juga tempah kek ultraman. anak dia pun peminat ultraman.  tp xnk buttercream. tukar kepada choc ganache. namun terjadi perkara yang tidak dijangka. disebabkan ada urusan pg tu, sy agak terlewat untuk membuat kek. so choc ganache x cukup keras untuk hiasan2 lain. jadi disebabkan itu, kek bergerak2 menyebabkan hiasan2 kek jadi comot. agak sedih dan stress bila lihat kek tu masa nak hantar ke Tesco ampang. so masa jumpa tu saya minta maaf sgt2 pada member tu. nasib baik kawan sy tu memahami. mlm tu sy diberitahu oleh kawan saya, birthday boy suka kek tuh. alhamdulillah.... ;-)


Wednesday 4 April 2012

choc moist cake

salam!
hari ni saya nak bercerita tentang choc moist cake yg sy biasa buat. sy dapat resepi best ni masa belaja buat cupcake hari tu. yes resepi yang sama boleh digunakan untuk buat cake. biasanya kek ni sy bakar. tp kalau nak kek yg betul2 moist, basah2 eloklah steam kan aja. mmg syiok. tp saya prefer untuk bakar. kenapa? ntah x tau. huhu...

ok pertama kali cuba mmg khas untuk family. mak ayah sy mmg suka sgt2 kek coklat. tambah2 yg ada choc ganache yg moist tuh. so buat khas untuk mereka. 1st trial alhamdulillah.... family puji *wink wink
so lebih bersemangat nak buat choc cake. thanks utk edi dan adiza untuk resepi choc moist cake yg yummy!



my first trial choc moist cake


salah seorang officemate (kak aifa) nak tempah choc cake. nak sambut birthday adik katanya. dia pun kerap merasa kek2 yg sy bawa ke ofis. strategi...strategi...hehehe
kak aifa kata dia nak kek bentuk love. (uih nasib baik baru beli loyang bentuk love)
kak aifa kata lagi dia nak kek kecik je. xmo besar2 sbb dorg nak celebrate berdua je. and dia ckp buat cantik2 tau. huhuhu. Baik kak.....dalam hati gementar yang amat sbb masih terkial2 nak deco kek cantik2.

setelah perah otak, siang malam pikir (ok tipu.hihi) akhirnya siaplah sebiji kek bentuk love dgn deco yg sy sgt2 suka. rasa mcm deco mewah gitu.aicehhhh.... hehehehe.





masa bawak kek love kak aifa tu, adalah beberapa student yg tengok. tertarik hati plak nak order kek coklat bentuk love. i x kisah kalau u nak order. hihihi.
okeh mereka order seketul kek choc moist love shaped. tp timbul plak idea saya nak buat deco lain. sy call student tanya nak tak kalau saya letak marshmallow. mereka setuju! okeh good! operasi mencari marsmallow. maka terhasil lah kek ini.....:



sebulan kemudian, student yg sama sekali lg nak order choc moist cake dan nak jugak sekali lg letak marshmallow. aih ketagih keeeee.... hihihi. xpe2. i lagi sukeeeeee ;-p
tp katanya kalau bleh xnk marshmallow yg masam mcm yg 1st dlu. sorrylah x sangka plak marshmallow tu jenis masam. okeh2 misi mencari marshmallow manis dilakukan ;-)
so inilah hasilnya..... :