Tuesday 20 March 2012

cuppies again

Salam, moga hari2 anda semua ceria2 seperti cuppies sy ini ;-)
sebenarnya dlm tempoh belajar ni, hampir setiap minggu sy akan buat choc cupcake. byk orang da di jamu dgn cupcake sy. kdg2 ada jugak jual di kolej.

cupcake ni dibuat khas untuk rakan sy yg menyambut birthday nya yg ke 34. katanya seumur hidup dia x pernah celebrate birhtday. sedih pulak dengar huhu. maka sy dengan seikhlas hati membuatkan birthday cupcake untuk beliau. jumpa di klcc dan dia melahap kek ni di food court klcc. happy birthday ye kawan! ;-)



cupcake bawah ni pula ditempah officemate. katanya nak hadiahkan kepada students beliau yg membuat persembahan sempena event kolej. baiknya hati lecturer kan! ;-)
tema nak warna warni. hope Joe happy dgn cuppies ni!

Monday 19 March 2012

cuppies oh cuppies

Those cuppies ni ditempah oleh officemate sy. 
kerapkali melihat sy buat cupcake melalui fb, marketing exec kt office sy sms bg tau dia nak tempah cupcake untuk celebrate birthday husband dia. sy dgn senang hati gembira menerima tempahan. cuma pesan sy, sy budak baru belajar jd harap maaf jika output dia x seindah yg dia harapkan. dia ok je ;-)
so dia nak mix cuppies. 16 biji. 8 biji red velvet dan 8 biji choc moist. so ini lah hasilnya ;-)

 

then sekali lagi dia nak menempah cuppies. katanya hari tu masa dia order untuk birthday husband dia, team marketing yg lain tengok je kek tuh. so dia nak bg team marketing dia plak makan kek. sy of coz la xde hal. hehe. katanya tema bebas. x kisah asalkan cupcake ;-p so sy buat elmo untuk choc moist dan red velvet deco biasa2 jer ...


red velvet ni juga ditempah oleh officemate. dia kata slalu rasa skit2 je red velvet yg sy bawa. so dia nak tempah byk2 untuk puas makan.so dia nak 16 biji red velvet. tq kak! ;-)

 

Wednesday 14 March 2012

cakes!

salam
semenjak berkecimpung dalam dunia baking ni, customer sy mostly terdiri drpd officemate dan juga student2 sy. mereka jugalah tukang komen kek2 sy sepanjang sy belajar kek ni. siap kek, sy bawak ke kolej. sbbnya family mmg x suka makan kek. kek yg kecil pun akan ambil masa hampir sebulan untuk habis. makanya selepas sy mencuba satu resepi kek, hanya sedikit sj untuk family. selebihnya mmg rezki officemate dan students. sronok tengok mereka makan sambil memuji kek2 tu *mode perasaan! hihihi

alhamdulillah kebanyakkan mereka mula berminat untuk order kek dr sy.
awal bulan jan hr tu officemate nak order kek. tp dia sendiri x pasti nak kek apa. katanya terpulang pada sy nak buat kek apa tp mesti dlm lingkungan bajet dia la. erk. jenuh gak mikir. huhuhu
akhirnya sy mencuba kek strawberry. siap penuh dgn filling strawberry!
so inilah hasil kek strawberry ku.. ;-)


okeh selesai dgn kek strawberry. dpt order drpd student kesayangan sy. katanya nak makan red velvet. terpikat dgn rasa red velvet yg sy slalu dok bg dorg rasa. tp dpt rasa sorang sikit je la sbb student ramai. kek xla besar mana. jd nak puaskan hati, dia nak order sebiji kek.
maka siaplah sebiji red velvet dgn deco yg amat2 simple ;-)



Tuesday 13 March 2012

Spongebob Cuppies!

holla holla!
salam semua.
hr tu x-officemate calling - calling. dia kata dia nak celebrate birthday anak dia Awisy yg comel. hehe
dia ckp nak cupcake mcqueen car.
alamak. sy ckp kalau short notice x berani janjila. nak cr edible image mmg senang. tp kalau kartun2 yg tertentu ni x semua bakery ada jual.
so sy mulakan ekpedisi mencari. ;-p
da pergi 3 kedai, semua xde. so call la kakak ku ini. akhirnya dia setuju untuk guna tema spongebob. nak jadi citer, xde pulak edible spongebob bulat. bentuk love pulak! haih...
alhamdulillah birthday boy suka ;-)



Sunday 11 March 2012

Rainbow Cake & Red Velvet

salam,
lama juga tak bersiaran sejak dr entry yg lepas. sedikit sibuk dgn menyiapkan dokumen MQA yang perlu sy submit pada registrar di kolej. alhamdulillah akhirnya siap juga setelah siang malam mengadap dokumen itu smpi dah nak muntah tengok komputer.huhuhu. walaupun sibuk, namun tempahan2 kek dr kawan2 tetap sy terima. :-)

tempahan yg pertama yg sy terima semenjak serius menceburkan diri dlm bidang baking ni adalah dr kawan baik sy sendiri. kwn yg sentiasa menyokong dan memberi dorongan dalam kehidupan sy. susah dan senang, ketawa dan nangis sentiasa bersama.

beliau menempah kek pelangi sempena hari jadi ibunya. katanya walaupun nak sambut birthday warga emas, tp dorg semua nak ceria ala kanak2. tu yg nak kek pelangi. hehehehe.
memandangkan dia adalah customer pertama, dan sy juga banyak terhutang budi dgn keluarga beliau sbb dulu2 masa zaman sekolah, setiap hari sy tumpang kereta kawan baik sy ni. walaupun ada masa kawan sy x g skolah, mak dia tetap ambil sy dan hantar ke sekolah. baik kan. jd sy rasa sangat2 x patut sempena birthday dia ni kalau sy minta bayaran. jd kek ni merupakan pemberian ikhlas dr sy sempena birthday Pn Bariah ;-)

 Rainbow Cake 



kek yg kedua kawan baik sy ni tempah sbb dia mengidam nak makan red velvet. sbb hr sebelum tu sy ada bagi sedikit red velvet yg sy buat untuk family. kali ni dia kata dia nak sebijik. nak makan puas2 katanya. hehe
tp awal2 dia da cakap dia nak bayar. xmo free2 mcm sy buat rainbow cake hr tu. huhu

so siaplah sebiji red velvet dgn hiasan yg sgt simple ;-)